Friday, October 12, 2018

7 MAKANAN YANG BAGUS UNTUK MASALAH GASTRIK






Penyakti Gastrik ataupun istilah yang lebih tepat adalah gastritis merupakan salah satu penyakit yang selalu berlaku di dalam masyarakat.

PUNCA MASALAH GASTRIK

ni merupakan beberapa punca kepada masalah gastritis


  • Ubat jenis NSAIDs seperti aspirin, ibuprofen, voltaren, ponstan dan beberapa lagi
  • Jangkitan kuman sepert H. pylori
  • Pengambilan alcohol
  • Radiasi
  • Alahan kepada makanan
  • Keracunan makanan
  • Merokok
  • Pengambilan rokok yang mengandungi nikotin juga akan menyebabkan pertambahan asid di dalam perut dan membawa kepada masalah gastrik


SIMPTOM MASALAH GASTRIK


 Beberapa simptom masalah gastrik adalah:
  • Sakit pada bahagian ulu hati
  • Perut kembung
  • Selalu sendawa
  • Berak berdarah (Jika pendarahan berlaku di dalam perut)
Rawatan yang paling asas adalah menghentikan dahulu penggunaan ubat tahan sakit jenis NSAIDs dan ditukarkan kepada jenis ubat tahan sakit yang lain jika perlu lagi
9.1 Ubat-ubatan:
  • Antasid: iaitu ubat yang mempunyai sifat alkali berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam perut. Jika anda sakit perut disebabkan gastritis, maka pengambilan ubat ini akan menghilangkan sakit perut itu dengan sekejap.
    Ia terdiri daripada magnesium tricylicate, aluminium hydroxide daan beberap jenis lagi
  • H2 blocker: Histamine merupakan salah satu kompaun penting untuk mengawal rembesan asid dalam perut. Ia secara spesifik dikesan oleh Histamine 2 reseptor. Histamine(H2) blocker pula berfungsi untuk mengelakkan histamin daripada melekat kepada reseptor tersebut dan menyebabkan rembesan asid ke dalam perut semakin berkurang. Contoh H2 blocker adalah seperti ranitidine dan cimetidine
  • Proton pump inhibitor: yang menyebabkan keadaan asid didalam perut adalah kerana wujudnya satu pam ini iaitu ‘proton pump’ dimana fungsinya memasukkan ion hydrogen(proton) ke dalam bahagian perut. Apabila, kepekatan ion hydrogen di dalam perut bertambah, maka keasidannya pun bertambah. Ubat proton pump inhibitor ini akan merencat fungsi pam tersebut dan menyebabkan keasidan dalam perut berkurangan. Contoh ubat adalah seperti omeprazol, pantoprazole dan banyak lagi
  • Antibiotik: untuk merawat jangkitan H. pylori pula perlunya antibiotik. Selalunya di kita akan memberi kombinasi 3 jenis ubat iaitu 1) Proton pump inhibitor seperti omeprazole. 2) Antibiotik: Clarithromycin 3) Antibiotik: Amoxicillin
9.2 Diet
Berita baik di mana ada jenis makanan yang boleh sedikit sebanyak merawat penyakit gastritis. 2 makanan yang spesifik adalah brocolli dan juga yogurt.
Broccoli
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘Cancer Prevention Research‘ pada 2009 telah menunjukkan kandungan di dalam broccoli iaitu Glucoraphanin(yang akan menghasilkan Sulforaphane) mampu membunuh H. pylori di dalam perut. Kajian ini melibatkan 50 peserta yang mempunyai masalah jangkitan H. pylori dan keradangan di dalam perut.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa pengambilan broccoli mampu mengurangkan keradangan di dalam perut jesteru menunjukkan kebolehannya membunuh bakteria H. pylori.
Yogurt
Kajian berkenaan kegunaan yogurt dalam rawatan gastritis pula dilakukan pada tahun 2006 dan melibatkan 130 peserta positif jangkitan H. pylori yang tidak berkesan apabila diberi antibiotik(antibiotic resistance). Dalam kajian tersebut ia juga disertakan dengan pemberian antibiotik
Keputusan menunjukkan yogurt mampu mengurangkan jangkitan bakteria H. pylori walaupun bakteria tersebut mempunyai kerintangan pada antibiotik.
Makanan lain yang mampu mengurangkan gastritis adalah:
  • Epal
  • Seleri
  • Beri
  • Minyak zaitun
  • Madu
Selain daripada itu, pesakit yang mengalami gastritis juga perlu:
  • Mengambil makanan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Ia dapat memberikan masa kepada perut supaya keradangan ataupun luka yang terjadi sebab asid sembuh sepenuhnya
  • Elakkan pengambilan alkohol kerana ia akan menyebabkan keradangan perut menjadi semakin teruk
  • Berhenti merokok. Merokok akan menyebabkan keradangan perut bertambah dan meningkatkan risiko kanser motor, esofagus dan perut
  • Kurangkan stress
Rujukan: https://ediagnosa.com/gastrik-punca-rawatan-permakanan/